Perubahan Had & Status Pelayaran

Baru-baru ini ada rakan yang menghadapi masalah berkenaan gaji apabila kapalnya telah diletakkan dalam status berlabuh tunggu (lay up). Gaji asal telah dipotong sehingga 50%. Situasi perniagaan maritim yang tidak menentu memaksa pemilik kapal untuk merehatkan kapal mereka, dan ada yang terpaksa menutup perniagaan dan menjual kapal.

Pelaut tidak seharusnya menjadi mangsa. Ketika berlabuh tunggu, gaji pelaut tidak boleh dikurangkan sewenang-wenangnya kerana mereka boleh mendapat tawaran yang lebih baik di tempat lain, tetapi terperangkap dalam kapal yang sedang berlabuh tunggu.

Oleh itu, antara perkara yang perlu diberi lebih perhatian apabila para pelaut menyemak kontrak pekerjaan adalah seperti berikut;

  1. Kadar gaji apabila kapal menukar had pelayaran (domestik, pesisir pantai/ tanpa had).
  2. Kadar gaji apabila kapal bertukar ke mod berlabuh tunggu.

Apabila pelaut memulakan kontrak pekerjaan dengan menggunakan perakuan kekompetenan, maka gaji yang dirundingkan adalah sepadan dengan kelayakan mereka. Oleh yang demikian, sila pastikan kadar gaji yang dipersetujui sekiranya kapal menukar had pelayaran mereka atas dasar komersial.

Pelaut juga perlu memastikan kadar gaji yang dipersetujui apabila kapal diletakkan dalam mod berlabuh tunggu. Walaupun beban kerja semasa berlabuh tunggu berkurangan, kadar gaji yang dipersetujui haruslah berpatutan, ataupun pelaut diberi pilihan untuk sign off. Risiko rompakan oleh lanun juga meningkat semasa berlabuh tunggu. Cara yang lebih baik dan mungkin lebih ekonomi bagi syarikat kapal untuk menjaga kapal mereka ketika mod berlabuh tunggu adalah dengan menggunakan khidmat ‘shipcare‘.

Dapatkan bantuan Unit Pembangunan Pelaut, Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia untuk sebarang masalah seperti ini.

  1. Ketua Penolong Pengarah: Kapt Sukhbir Singh sukhbir@marine.gov.my
  2. Penolong Pengarah: En. Egbert Adolf Naintin egbert@marine.gov.my
  3. Penolong Pengarah: Pn Norhayati Ibrahim yatie@marine.gov.my

Emel am: kpgr@marine.gov.my / khidmatpelanggan@marine.gov.my

Anda juga boleh berhubung dengan Pejabat Pelabuhan berdekatan.