Tahukah anda, Malaysia sudah memiliki P&I Clubnya sendiri?

P&I bermaksud Protection & Indemnity, dan bagi P&I Malaysia, mereka menggunapakai nama rasmi sebagai Perlindungan & Indemniti Malaysia Sdn Bhd, mungkin bagi mengekalkan akronim P&I itu sendiri.

logo2

P&I Malaysia diperbadankan pada 21 Ogos 2015 dengan tujuan utama untuk membangunkan sebuah P&I Club yang lengkap, pertama seumpamanya di Malaysia. Penubuhan P&I Malaysia ini telah diumumkan semasa perbentangan Bajet 2015.

P&I Malaysia beroperasi sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, dengan pemegang sahamnya terlibat secara langsung dalam industri maritim tempatan. P&I Malaysia akan bertindak sebagai pemberi perkhidmatan yang menumpukan kepada polisi tempatan untuk risiko komersil dan risiko khas.

Hasil hubungan rapat dengan Institut Maritim Malaysia (MIMA), P&I Malaysia akan menjadi pusat sumber dan rujukan kebangsaan bagi segmen insurans maritim, untuk memastikan peningkatan kefahaman dan kepakaran berkaitan segmen ini, sekaligus memberi perlindungan kepada pemilik kapal di Malaysia, khususnya yang menjadi ahli P&I Malaysia.

RUDY ANDREW JEYARAJ (seorang bekas pelaut-pegawai dek), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Presiden (Marin) di Malaysian Reinsurance Berhad adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) P&I Malaysia yang pertama.

Ahli Lembaga Pengarah P&I Malaysia (pada 18/10/2016) adalah seperti berikut

Pengerusi:

Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj Kasim, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutana Malaysia

Ahli:

  1. Dato’ Hj Baharin bin Dato’ ABdul Hamid, Ketua Pengarah Laut
  2. Laksamana Pertama Dato’ Chin Yoon Chin, Ketua Pengarah MIMA
  3. Muhammad Ghiyathuddin bin Abdul Halim, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kewangan Malaysia
  4. Muhammad Razif bin Ahmad, Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor
  5. Badariah binti Othman, Penasihat Insurans & Perundangan, MASA

 

Sebanyak 6 agensi telah dilantik sebagai pemeriksa (surveyor) yang mewakili P&I Malaysia, seperti berikut;

  1. Ammxius Sdn Bhd
  2. Chancellor Maritime & Offshore Sdn Bhd
  3. Ships Classification Malaysia (SCM)
  4. Master Maritime Services Sdn Bhd
  5. Ultra Clear Water Sdn Bhd
  6. Panacea Marine Sdn Bhd
  7. Global Marine Surveying Sdn Bhd

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan P&I Malaysia Sdn Bhd

Perlindungan Dan Indemniti Malaysia Sdn. Bhd. (1156424-T)

Block A-27-09, Mercu Summer Suites,
No.8, Jalan Cendana, Off Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6 (03) 2742 6269 
Fax: +6 (03) 2725 9398 
Email: enquiry@pnimalaysia.my