Oleh Wan Hashim Wan Daud, Chief Officer

Saya baru sahaja mengumpulkan semua catatan, jurnal dan Buku Rekod Perkhidmatan Laut (Discharge Book). Keseluruhannya, saya telah berkhidmat sebagai pelaut selama 32 tahun 1 bulan sehingga saya bersara sendiri pada 20 Julai 2012.

Daripada tempoh 32 tahun itu, pecahannya seperti berikut;

  • 18 tahun 17 hari berkhidmat di atas kapal
  • 3 tahun 9 bulan di akademi sehingga peringkat Master Mariner.
  • 10 tahun 3 bulan bercuti (sign off)

Saya telah berkhidmat di atas 40 buah kapal;

  • 2 x kapal kargo am (General Cargo)
  • 29 x kapal kargo pukal (Bulk Carrier)
  • 9 x kapal kontena (Container Liner)

Saya juga telah berkunjung ke 53 buah negara, dengan 762 kali memasuki pelabuhan di negara-negara tersebut.

Tempoh perkhidmatan atas kapal terpanjang telah saya rekodkan pada 2 buah kapal iaitu;

  • Bunga Tanjong, pada tahun 1982 selama 12 bulan setengah
  • Bunga Saga Tiga, pada tahun 1997 selama 11 bulan setengah

Saya juga pernah berkhidmat atas kapal Bunga Mas 6 selama 19 hari sahaja.

1620241
Gambar oleh ShipSpotting.com

Tiga pelayaran terpanjang pula direkodkan sperti berikut;

  • Bunga Saga Tiga. Pelayaran selama 40 hari itu bermula daripada Cape Cuvier, Australia dan berakhir di New York, Amerika Syarikat. Pelayaran tahun 1997  tersebut melalui kawasan selatan Lautan Hindi, Tanjung Harapan (Cape of Good Hope), Afrika Selatan dan Lautan Atlantik
  • Bunga Melor Empat. Pada 2004, saya belayar daripada Roberts Bank, Canada menempuhi perjalanan sejauh 10,272 batu nautika selama 34 hari 13 jam ke Raahe, Finland.
  • Sekali lagi ketika berkhidmat di Bunga Saga Tiga. Kali ni pelayaran sejauh 9630 batu nautika daripada New Orleans, Amerika Syarikat ke Marivelles, Filipina.