14938140_1316796061672142_7483035675334848749_n
Kelasi dek sedang menukar kabel kren. Gambar oleh Wan Hashim Wan Daud

Baru-baru ini ada satu laporan akhbar berkenaan penipuan dalam penawaran kerja di atas kapal.

Boleh baca disini; Penemuduga Minta RM400 Untuk kerja Atas Kapal Persiaran

Sebenarnya, perkara ini kerapkali berlaku dalam industri maritim. Antara sebabnya ialah keunikkan sistem pekerjaan pelaut yang sentiasa bertukar majikan setiap kali habis kontrak. Maka, ejen-ejen penipu berkeliaran cuba mencari mangsa.

Mangsanya yang biasa adalah orang-orang baru yang ingin mencuba nasib dalam bidang perkapalan. Orang-orang lama juga tidak terkecuali, selalunya kerana terdesak sebab sudah lama tidak bekerja.

Tahukah Anda?

Undang-undang Malaysia melalui Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 sudah lama melindungi pelaut dan pencari kerja daripada ditipu atau diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

sek-95

sek-96

Selain itu, melalui ratifikasi Konvensyen Buruh Maritim 2006 (Maritime Labour Convention 2006-MLC), hanya pihak yang dilesenkan sahaja yang boleh menguruskan pengambilan dan penempatan pelaut (selain syarikat perkapalan)

Agensi-agensi yang telah dilesenkan adalah seperti berikut;

(Mengikut maklumat daripada Laman web rasmi Jabatan Laut Malaysia pada 5 November 2016)

  1. Agensi Pekerjaan Southpoint Sdn Bhd
  2. PSM Perkapalan Sdn Bhd
  3. Bovin Marine Services Sdn Bhd
  4. Ratu Ocenia Raya (M) Sdn Bhd
  5. Alam Gala Sdn Bhd
  6. Emas Offshore Services (M) Sdn Bhd

Antara agensi lain yang dikenalpasti telah dilesenkan adalah seperti berikut (mungkin JLM belum mengemaskini laman web mereka)

  1. MNK Services Sdn Bhd
  2. MOLO Talent Sdn Bhd

Ambil Perhatian

Oleh itu, semua pelaut baru dan lama, dan para ibu bapa, sila ambil perhatian yang sewajarnya. Sila berurusan hanya dengan syarikat perkapalan dan ‘Agensi Pengambilan & Penempatan Pelaut’ yang berlesen sahaja.

Jika berurusan dengan syarikat perkapalan, pastikan segala proses dijalankan di premis pejabat mereka. Semak laman web jika ada. Jika ada kemusykilan lagi, boleh semak di Group Facebook Komuniti Perkapalan Malaysia.

Ingat! Jangan sesekali membuat apa-apa bayaran kepada wakil syarikat perkapalan, atau wakil agensi yang menguruskan temuduga kerja. Mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

Jika ada yang meminta bayaran, semak dahulu segala butir-butir kerana kemungkinan besar mereka dalah penipu.