Oleh Wan Hashim Wan Daud, Chief Officer

Sungai terpanjang di Asia, iaitu Sungai Yangtze merupakan sungai yang ketiga terpanjang di dunia selepas Sungai Amazon dan Sungai Nil. Panjangnya adalah 6380 kilometer.

14907639_1316057025079379_6275653634666940594_n

Hulunya terletak di Pergunungan Tanggula dan mengalir ke arah barat menuju ke Laut China Timur berhampiran Shanghai. Sungai ini melalui beberapa bandar besar seperti Shanghai, Nanjing, Anjing, Wuhan, Chongquin Yang de Jang dan Chengdu.

Selain kawasan perindustrian, banyak juga kawasan tebing sungai ini yang digunapakai sebagai kawasan pertanian, terutamanya untuk komoditi seperti padi, gandum, kacang soya, kapas jagung dan lain-lain.

Saya telah melalui sungai ini sebanyak 30 kali. Perlabuhan pedalaman paling jauh yang boleh dikunjungi kapal-kapal besar terletak di Zhenjiang. Ia mengambil masa perjalanan selama 20 jam daripada stesen jurumalim (Pilot Station).

14962797_1316056851746063_7650100160222889042_n
Gambar koleksi peribadi Wan Hashim Wan Daud

Pelayaran di sungai ini adalah cabaran besar buat kapten kapal dan pegawai dek, terutamanya bagi mereka yang mengendalikan kapala-kapal besar. Bilangan trafik amat tinggi; kebanyakkannya kapal-kapal kecil (near coastal), tongkang dan baj, serta bot-bot nelayan.

Lagi teruk ketika cuaca berkabus! Jarak penglihatan amat terhad!