Mulai 1 Januari 2017, akan berlaku perubahan dalam Sijil Keanggotaan Selamat (Safe Manning Document) di semua kapal. Berdasarkan GRT dan KW kapal, akan terdapat kelasi dek dan kelasi enjin yang perlu memiliki Certificate of Proficiency (COP) yang baru berdasarkan pindaan STCW 2010.

stcw-2010

Dua jenis COP yang baru tersebut adalah;

  • Certificate of Competency Able Seafarer Deck (ASD)
  • Certificate of Proficiency Able Seafarer Engine (ASE)

Maklumat penuh berkenaan COP berkenaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) melalui Notis Perkapalan Malaysia 07 / 2015 bertarikh 13 Ogos 2015.

NOTIS PERKAPALAN MALAYSIA 07 / 2015

Pelaut-pelaut yang layak (Memiliki WKR Deck / Engine serta cukup tempoh perkhidmatan laut) boleh membuat permohonan di kaunter-kaunter JLM dan akan mendapat COP berkenaan secara automatik (tidak perlu hadir kursus dan tidak perlu ujian lisan). Tawaran ini terhad kepada YANG LAYAK SAHAJA dan dibuka sehingga 31 Disember 2016 SAHAJA. Sila rujuk NPM 07 / 2015.

Pelaut-pelaut yang mempunyai masalah bagi mendapatkan testimoni sepertimana yang dinyatakan dalam NPM 07 / 2015 bolehlah memuat turun dokumen-dokumen berikut sebagai panduan.

Testimoni boleh disediakan oleh pegawai di syarikat perkapalan ataupun kapten kapal.

TEMPLATE TESTIMONI ABLE SEAFARER DECK

  1. Template Testimoni ASD Daripada Kapten Kapal (DOCX)
  2. Template Testimoni ASD Daripada Kapten Kapal (PDF)
  3. Template Testimoni ASD Daripada Syarikat Kapal (DOCX)
  4. Template Testimoni ASD Daripada Syarikat Kapal (PDF)

TEMPLATE TESTIMONI ABLE SEAFARER ENGINE

  1. Template Testimoni ASE Daripada Kapten Kapal (DOCX)
  2. Template Testimoni ASE Daripada Kapten Kapal (PDF)
  3. Template Testimoni ASE Daripada Syarikat Kapal (DOCX)
  4. Template Testimoni ASE Daripada Syarikat Kapal (PDF)