Oleh Wan Hasim Wan Daud, Chief Mate

21.41 Darjah Utara, 072.20 Darjah Timur

Pada kedudukan itulah terletaknya Alang Scrapyard di Bhavnagar, Gujerat, India.

Beribu-ribu kapal laut, besar atau kecil, telah bersemadi di sini.

shipbreaking-alang
Gambar daripada gCaptain

Saya berkesempatan berada di sini pada Julai 2012. Pelayaran daripada Port Kelang sejauh 2,360 batu nautika mengambil masa 6 hari setengah.

Untuk mendaratkan (beaching) kapal besar, perlulah tunggu pada hari air pasang besar. Kalau terlepas waktunya, terpaksa menunggu tarikh air pasang besar yang berikutnya, mungkin 3 hingga 6 bulan lagi.

Apabila kapal kami tiba di lokasi, dan waktunya sudah tiba, semua air ballast dipam keluar. Bahagian kapal hanya sedikit sahaja yang tenggelam, cukup-cukup untuk kipas (propeller) kapal tenggelam sahaja.

Kemudian, kapal dipandu pada kelajuan maksimum dan terus melanggar pantai. Momentum yang terhasil akan menyebabkan seluruh badan kapal berada di atas darat. Apabila kapal sudah didaratkan di pantai, kami turun melalui pilot ladder. Ada juga yang turun menggunakan bot penyelamat (lifeboat).

Sedih juga rasanya meninggalkan kapal untuk dilupuskan. Belum sempat kami meninggalkan kawasan scrapyard itu, kerja-kerja memotong badan kapal sudah pun dimulakan.

SIAPA lagi yang pernah berpeluang menghantar kapal ke Alang?