Uncategorized

Berita Baik Untuk ETO

Sebelum ini, Electro Technical Officer (ETO) hanya layak menjadi Ahli Bersekutu sahaja dalam Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL). Ini kerana ETO sebelum ini tidak memegang COC yang menjadi prasyarat utama untuk menjadi Ahli Penuh IKMAL.

etoofficer

Gambar daripada marinersgalaxy

Berikutan pindaan STCW melalui Manila Amendment 2010, maka ETO di Malaysia telahpun melalui proses bridging dan ujian lisan, dan beberapa orang ETO telahpun menjadi kumpulan pertama yang dianugerahkan Certificate of Competency (COC)  di Malaysia.

Sehubungan itu, Majlis IKMAL yang bermesyuarat pada 9 November 2016 yang dipengerusilan oleh Presiden IKMAL, Dato Abdul Jamil Musyid telah memutuskan untuk menerima kemasukan ETO sebagai ahli penuh IKMAL berkuatkuasa serta merta. Perkara ini mematuhi klausa 4.1.3.1 (b) Perlembagaan IKMAL yang menerima pemegang kelayakan yang relevan dan diterima oleh Majlis IKMAL sebagai Ahli Penuh IKMAL.

Pindaan yang lebih jelas ke dalam klausa 4.1.3.1 (a) dijangka akan menjadi agenda dalam Mesyuarat Agung IKMAL ke 33 yang dijadualkan pada Mac 2017.

Oleh yang demikian, semua ETO adalah dipelawa untuk menyertai IKMAL bagi memastikan perkembangan kerjaya, kepentingan dan kebajikan sebagai pelaut dapat diberi perhatian yang sewajarnya.

IKMAL sebagai ahli Jawatankuasa Tiga Pihak (Tripartite) bagi perlaksanaan Konvensyen Buruh Maritim (MLC) di Malaysia sentiasa komited untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya.

Sebagai rekod, IKMAL telah banyak menyelesaikan kes-kes pertikaian antara ahli dan majikan berkenaan pembayaran gaji yang kini sering menjadi masalah dalam suasana ekonomi maritim yang lembap. IKMAL juga sentiasa proaktif dalam merancang dan menganjurkan forom-forum ilmiah untuk meningkatkan pengetahuan ahli seperti penganjuran STS Transfer Forum 2016 pada 17 November 2016.

Advertisements

Kategori:Uncategorized

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.