Tajuk diubah sedikit daripada “Kapal Persiaran” kepada “Kapal Cruise” kerana ada yang bertanya; “Kapal Persiaran tu kapal apa?”

Boleh baca Bahagian 1 di SINI.

Kisah penipuan tentang tawaran kerja di kapal cruise bukan perkara baru. Mengikut maklumat yang diterima, perkara ini telah bermula sejak akhir dekad 90-an. Semuanya kerana wujud minat untuk mengejar utopia yang ditawarkan melalui pekerjaan di atas kapal, khususnya kapal cruise.

scam2

Perkara penipuan ini turun dengan drastik apabila Konvensyen Buruh Maritim (MLC) dilancarkan, tetapi meningkat semula disebabkan keadaan ekonomi dunia yang perlahan. Selain itu, kerancakkan aktiviti cruise di Asia juga menyumbang kepada statistik kenaikkan kes-kes penipuan, memandangkan pekerja-pekerja dari kalangan orang Asia yang tidak terlalu menghiraukan kepentingan hak mereka sebagai pekerja.

Melalui laman web CruiseShipJobs.com, beberapa tips diberikan bagi mengelakkan para calon daripada ditipu oleh agensi recruitment tamak haloba. Malah laman web tersebut turut menyenaraikan nama-nama syarikat yang dikatakan terlibat dalam kes-kes penipuan membabitkan tawaran kerja di kapal cruise.

Lebih mengejutkan lagi, 36 daripada 154 syarikat yang disenaraikan tersebut adalah berpengkalan di Malaysia, atau pun mempunyai cawangan atau pusat operasi di Malaysia. berikut adalah syarikat-syarikat Malaysia yang disenaraikan;

  1. Agora Global Holdings
  2. Ausi Cruise Line
  3. Australasian Cruise Line International
  4. Canadian Cruise Shipping
  5. Crown Cruise Liners
  6. Crown Cruiseliners International
  7. Cruise Canadian Line
  8. Cruise Line International
  9. Cruise Queenliner
  10. Cruise Ship Global Canada
  11. Cruise Ship Service Line Canada
  12. Cruiseship Global Canada
  13. Express Cruise Tourist Shipping Lines
  14. Geoluxury Cruise Lines Int
  15. Geoluxury Cruise Lines
  16. Infinity Cruise Lines International
  17. Malaysia Crystal Cruises
  18. Malaysian Canadian Caribbean Line Cruises
  19. Maydott Cruiseline International
  20. Mutus Cruises
  21. Ocean Village Cruises
  22. Ocenia Cruise Company
  23. Pentagon Cruise
  24. Royal Cruise Line Inc
  25. Royal Cruise Liner
  26. Royal Cruiseliner
  27. Royal Ocean Village Cruise International
  28. Salsa Cruise
  29. Sea Wave Cruise Liner
  30. Shipping Planet
  31. Skylines Cruise International
  32. Starline Cruises
  33. Touchlines Marine Cruises International
  34. Transways Logistic
  35. Vigo Cruises
  36. World Cruize

Senarai penuh boleh diperolehi di SINI.

PerkapalanMalaysia.Com akan membuat kajian tempatan mengenai syarikat-syarikat yang disenaraikan. Jika ada syarikat yang beroperasi secara sah, syarikat tersebut akan dikeluarkan daripada senarai ini.

Dalam masa yang sama, calon-calon pelaut yang ingin bertugas di kapal cruise dinasihatkan sentiasa berwaspada dan menapis segala maklumat yang diberikan oleh agensi recruitment.

PALING PENTING

  1. Jangan buat sebarang bayaran kepada agensi recruitment. Semak terlebih dahulu tujuan bayaran
  2. Jangan terpedaya dengan jaminan kerja yang ditawarkan sekalipun anda terdesak. Jaminan hanya nyata setelah nama kapal diberikan, dan tiket kapal terbang ke destinasi sign on disediakan
  3. Dapatkan nama syarikat kapal cruise yang terlibat daripada agensi recruitment. Selepas itu, hubungan syarikat tersebut dan buat pengesahan.
  4. Pastikan sebarang kursus yang diikuti adalah diiktiraf oleh badan-badan persijilan seperti STCW; atau institusi kerajaan seperti Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ataupun Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Segala maklumat boleh disemak dalam laman web jabatan-jabatan berkenaan.

SESAL DAHULU JADI PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA