PerkapalanMalaysia.Com mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pegawai kadet Akademi Laut Malaysia yang bakal  menerima diploma pada 25 April ini.

Perjalanan masih jauh. Cabaran yang akan dihadapi selepas ini pasti berbeza. Selepas ini, anda bukan lagi pegawai kadet. Selepas ini, tanggungjawab besar menanti sama ada untuk mengemudi kapal di anjungan, atau memastikan kelancaran jentera dan mesin.

Berikut adalah tips-tips kerjaya dan sosial untuk para graduan;

  1. Selesaikan ujian lisan dengan segera sementara anda masih lagi ‘fresh‘. Jangan putus asa jika gagal pada kali pertama. Jika dah sepuluh kali gagal, sila mohon WKR dengan segera.
  2. Jangan memilih kapal terutamanya bagi kadet yang tidak memiliki penaja. Sambar sahaja apa kapal sekalipun bagi first job, walaupun jadi mate atau engine driver di harbour tug.
  3. Jangan demand gaji macam anda dah ada pengalaman 10 tahun. 12 bulan sebagai cadet on board tiada apa sangat pun. Ingat, rakan-rakan sebaya anda masih lagi sibuk buat assignment di universiti, ataupun yang sudah bekerja, masih bergelut dengan gaji minimum sampai terpaksa join MLM atau jual pau cendawan viral.
  4. Tambah ilmu dan kemahiran terutamanya berkenaan kerja hakiki. Jangan ingat anda dapat 4 flat dan lulus oral exam 3rd class bermaksud anda hebat. Mungkin semasa oral exam anda nampak confident, atau sudah hafal soalan vital seperti ROR atau proses crankcase explosion.
  5. Rancang kewangan. Jangan sibuk beli kereta mewah tapi duduk rumah sewa amboi. Gunakan peluang pay slip yang bagus untuk beli hartanah (tapi jangan jadi speculator). Jangan lupa raikan ibu bapa dan bersedekah.
  6. Buat rancangan untuk kerjaya; cukupkan sea time untuk ambil 2nd class. Jangan lupa simpan duit yang mencukupi, bukan sahaja untuk bayaran yuran pengajian, tapi juga untuk sara diri sepajang pengajian, termasuk bayaran ansuran kereta Type R anda.
  7. Jangan lupa juga, setiap 5 tahun ada kursus modular yang perlu diperbaharui. Sediakan modal secukupnya. Boleh menyimpan di SSPN. DAFTAR DI SINI untuk dapatkan pengecualian cukai sehingga RM 12,000.00
  8. Jangan lupa buka fail cukai pendapatan, walaupun pendapatan anda dikecualikan daripada cukai.
  9. Berdaftarlah dengan persatuan-persatuan pelaut seperti IKMAL untuk memastikan kepentingan kumpulan pelaut terjaga. Jangan fikir untuk diri sendiri sahaja. Fikirkan untuk semua.
  10. SYABAS & TAHNIAH! Anda berjaya survive RO dan JJ!

Nasihat dan tips lain di SINI.