Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) MAN ON DUTY diinspirasikan oleh sekumpulan pelaut Malaysia yang menggunakan tempoh sign off mereka sebaik mungkin untuk kepentingan masyarakat.

MAN ON DUTY mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Apabila berlaku kecemasan, pengguna aplikasi ini boleh melaporkan terus kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dengan serta merta untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, notifikasi yang sama turut disalurkan kepada pengguna aplikasi MAN ON DUTY yang berada di kawasan berdekatan.

Sebagai contoh, seorang mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan nafasnya terhenti, dan rakannya dengan segera menghubungi ambulans menggunakan aplikasi MAN ON DUTY. Sementara menantikan ambulans tiba, pengguna aplikasi MAN ON DUTY di kawasan sekitar akan turut menerima notifikasi. Mereka mungkin memiliki kemahiran CPR, atau turut memiliki AED, boleh segera datang dan memberikan bantuan awal.

Tonton video ini untuk maklumat lanjut mengenai MAN ON DUTY

Layari juga laman web pembangun aplikasi; PurpleHeart.My

Muat turun aplikasi MAN ON DUTY sekarang!