Pernahkah anda mendengar tentang Volvo Ocean Race?

Volvo Ocean Race merupakan acara utama dalam Siri Perlumbaan Kapal Layar Kategori Offshore & Oceanic. Perlumbaan kapal layar paling berprestij ini bermula sejak tahun 1973 merupakan satu acara perlumbaan yang bukan sahaja menguji daya ketahanan mental dan fizikal para pelayar, malah menguji sepenuhnya tahap kejuruteraan dan ‘seaworthiness‘ kapal layar itu sendiri.

Aspek logistik dan pengurusan pasukan juga merupakan elemen penting yang teruji dalam pertandingan yang meliputi jarak 46,000 batu nautika, mengunjungi 12 pelabuhan di 6 benua, dan melintasi 4 lautan.

Kategori perlumbaan luar pesisir & lautan (offshore & oceanic) ditakrifkan oleh World Sailing (sebelum ini dikenali sebagai International Sailing Federation) sebagai sebarang perlumbaan kapal layar luar pesisir dengan jarak perlumbaan minimum sejauh 800 batu nautika.

Selain Volvo Ocean Race, terdapat 5 lagi perlumbaan kategori ini yang disenaraikan sebagai acara utama dalam siri perlumbaan dunia;

  1. Barcelona World Race
  2. La Route de Rhum – La Banque Postale
  3. The Transat
  4. Velux 5 Oceans
  5. Vendee Globe

Maklumat lanjut di World Sailing dan Volvo Ocean Race 2017-2018