Bermula pada 2017, pelaut perlu mengikuti latihan semula (refresher) lazimnya setiap 5 tahun bagi kursus-kursus modular tertentu.

Bagi pegawai, kursus-kursus modular tersebut perlu diperbaharui bagi memastikan Certificate of Competency (COC) mereka dapat diaktifkan semula. Bagi kelasi pula, ini bagi memastikan sijil-sijil mereka masih sahlaku dalam sistem.

Apabila proses latihan semula ini dimulakan secara intensif pada 2016 menjelang penguatkuasaannya pada 1 Januari 2017, banyak pelaut yang tidak mendapat tajaan syarikat berada dalam keadaan tersepit. Keseluruhan kursus-kursus yang perlu melalui latihan semula memerlukan kos yang tinggi bagi yuran kursus, tidak termasuk kos sara hidup yang perlu ditanggung semasa sign off.

Sign Off = Tiada Gaji

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, dan bagi memastikan pelaut bersedia untuk pusingan berikutnya 5 tahun lagi, maka pelaut sendiri harus menyediakan pelan kewangan untuk diri sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya pelaut telah memperbaharui semua sijil modular pada 1 Julai 2016, maka COC mereka secara kasarnya akan sahlaku selama 5 tahun, iaitu sehingga 30 Jun 2021. Maka, pada Mei 2021, atau lebih awal lagi  secara berperingkat, pelaut perlu menjalani latihan semula bagi memastikan COC mereka yang akan tamat tempoh pada Jun 2021 dapat diaktifkan semula tanpa masalah.

Di Malaysia, pengeluaran KWSP tidak dapat dibuat bagi latihan semula kursus modular. Hanya kursus persediaan sahaja yang layak untuk membuat pengeluaran pendidikan KWSP.

Simpanan biasa di bank juga merupakan amalan yang baik. Walau bagaimanapun, pelaut kini mempunyai alternatif lebih baik bagi membuat simpanan bagi pendidikan mereka sendiri.

Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional I-Plus atau SSPN i-Plus merupakan satu skim simpanan alternatif yang memberi banyak keistimewaan tambahan.

Antaranya;

  1. Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM 6000 bagi simpanan pendidikan (bagi pelaut offshore dan domestik yang dikenakan cukai pendapatan)
  2. Tambahan pengecualian cukai pendapatan sehingga RM 6000 lagi bagi caruman takaful
  3. Manfaat takaful bagi kematian biasa, kematian akibat kemalangan, hilang upaya (ilat) dan penyakit kritikal
  4. Simpanan dijamin kerajaan

SIMULASI SIMPANAN (Tanpa kiraan bayaran dividen)

Pelan TOPAS (Perlindungan takaful sehingga RM 40,000)

Simpanan RM 100 sebulan; RM 90 untuk akaun simpanan; RM 10 untuk akaun takaful

Selepas 36 bulan; RM 3240 (tanpa kiraan dividen)

Selepas 60 bulan; RM 5400 (tanpa kiraan dividen)

Pelan ZAMRUD (Perlindungan takaful sehingga RM 80,000)

Simpanan RM 200 sebulan; RM 180 untuk akaun simpanan; RM 20 untuk akaun takaful

Selepas 36 bulan; RM 6480 (tanpa kiraan dividen)

Selepas 60 bulan; RM 10800 (tanpa kiraan dividen)

Pelan NILAM (Perlindungan takaful sehingga RM 120,000)

Simpanan RM 300 sebulan; RM 270 untuk akaun simpanan; RM 30 untuk akaun takaful

Selepas 36 bulan; RM 9720 (tanpa kiraan dividen)

Selepas 60 bulan; RM 16200 (tanpa kiraan dividen)

Daftar sekarang secara online untuk memaksa diri anda membuat simpanan pendidikan setiaap bulan!