Seorang pengguna feri bernama Ahmad Nawawi berkongsi kisahnya dalam Facebook.

Hari ni 8/6/2017..
Saya teruja dan sangat berterima kasih kepada Capt & krew ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Sepatutnya terus belayar setelah 300 m berlepas dari pelabuhan, mengikut jadual ferry terakhir di bulan ramadhan 6.30pm.
Jam menunjukkan 6.36pm ,saya isteri dan anak kecil berlari-lari sambil merayu merapati ke berth (tempat berlepas) sambil melihat asap yang tebal dan bunyi ngauman enjin ferry meneruskan perjalanan.. “encik tlg encik mak saya sakit tenat”
Setelah mendengar petugas ferry di pelabuhan memanggil dengan menggunakan walkie talkie..
“Capt! Capt! Tolong capt perempuan ni (isteri saya) mak dia sakit tenat di Langkawi”
Kami berdoa Ya Allah kau tlg la kami, ibu kami sedang berjuang dengan sakaratul maut dlm usia 77 tahun…
Maha suci Allah…. Saya melihat ferry memperlahankan kelajuan dan berpatah balik… Allahu Akbar…. sucinya hati kamu Captain….
Ya Allah ferry merapat… Krew mencampakkan tali, saya menyambutnya dan menambat sendiri di tunggul besi…
Anak kecil saya diambil oleh krew dan isteri saya melompat ke dalam ferry dengan penuh deraian air mata, pertama kerana kesedihan dia atas kesakitan ibunya di ambang sakaratul maut, yang kedua deraian air mata kerana amat teruja dengan budi baik pasukan ferry tersebut..
Saya balik ke Sg Petani untuk mengurus anak2 yang lain utk berbuka puasa, dan keesokkannya pada pagi hari kami akan ke Langkawi..
Dalam kekalutan isteri saya tertinggal hp, dlm perjalanan lebih kurang 1 jam isteri saya menelefon menceritakan layanan krew kapal yang paling istimewa kepadanya, semua menumpang amat bersimpati dengan raut wajahnya…
Ya Allah baiknya budi dan hatimu Captain kerana mengarahkan krew memberi sebuah hp kepada isteri saya…. Jasamu tidak terbalas Captain….
Memberikan air, nasi dan juadah untuk berbuka puasa… Malah lelaki india didalam ferry itu memberikan air ditangannya untuk diberikan untuk isteri saya berbuka puasa…
Lelaki india mengatakan..
” kakak u bersabar la.. Kalau kita buat baik dengan ibu kita.. Langit, bumi semua sayang kita..wallahu aklam.
Isteri sempat memberi tahu Capt memanggil anak buahnya 10 orang dengan kata-kata..
“kita semua belum tahu adakah kita sempat berjumpa mak kita mcm keadaan kakak ni, jadi kamu semua kalau mak sakit.. cepat-cepat balik.. bagi menghargai mak kita”
Sehingga jam 9pm diberitahukan isteri saya bahawa ibu mertua mengalami stroke yang kritikal dan diberi 2 pilihan sama ada pantau sehabis baik, atau esok pagi dibawa ke HSB Alor Setar untuk tujuan permbedahan, keadaan jantungnya amat lemah dan komplilasi buah pinggang juga dialaminya..
Apa-apa pun saya mendokan agar sahabat2 penumpang ferry diberi kesabaran oleh Allah kerana perjalanan menjadi lambat kerana kami,
Dan kami doakan Capt & krew sentiasa dirahmati Allah dan mendapat rezeki yang halal dan terus berbakti kepada orang ramai..
Kalau Capt& krew membaca coretan ini boleh hubungi saya 0195585047

Mengikut gambar yang dikongsikan, kemungkinan besar feri tersebut adalah daripada syarikat Langkawi Ferry Services Sdn Bhd.

Keprihatinan yang ditunjukkan mewajarkan syarikat dan anak kapal terutamanya nakhoda untuk diberi pujian dan penghargaan.

Inilah yang dikatakan khidmat cemerlang.

Sekali lagi, SYABAS!