Pinjaman Penuh Untuk Kadet ALAM

Berita baik (?) untuk kadet ALAM dan bakal kadet ALAM; khususnya bagi kadet yang tidak mendapat penajaan daripada syarikat perkapalan.

Kadet ALAM kini layak untuk membuat pinjaman pendidikan sehingga RM 89,000 bagi menampung kos pengajian selama 3 tahun di institusi pendidikan dan latihan maritim terulung negara itu.

Mengikut berita daripada BH Online, penuntut kursus Diploma Pengajian Nautika boleh meminjam sehingga RM89,000 berbanding hanya RM20,400 yang layak dinikmati ketika ini. Daripada sumber tidak rasmi yang lain pula, kenaikan jumlah pinjaman juga akan dinikmati oleh penuntut kursus Diploma Kejuruteraan Marin.

Kenaikan ini berikutan daripada perjanjian persefahaman antara Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (Malaysia Shipowners’ Association-MASA) dan PTPTN berkenaan keperluan latihan bagi bakal pegawai dan jurutera kapal.

MASA juga akan turut bekerjasama bagi mendapatkan tempat latihan bagi kadet-kadet ALAM yang perlu menjalani latihan di atas kapal selama 12 bulan mengikut keperluan kod STCW.

 

 

 



Kategori:Uncategorized

%d bloggers like this: