Uncategorized

Alphaliner Ranking

Alphaliner Ranking adalah satu sistem statistik dan penanda aras industri perkapalan bagi segmen kontena.

 

Alphaliner1.JPG

 

Dengan slogan ‘The Worldwide Reference in Liner Shipping’, laman web ini memaparkan senarai 100 operator kapal kontena terbesar, jumlah keseluruhan TEU yang boleh dikendalikan oleh setiap operator, pegangan pasaran dan pelbagai maklumat lain.

Secara amnya, terdapat 6,082 kapal kontena yang beroperasi di seluruh dunia, mengerakkan lebih 21,805,745 TEU.

10 operator kapal kontena terbesar dunia adalah seperti berikut;

  1. APM-Maersk (Syarikat Gabungan / Joint Venture)
  2. Mediterranean Shipping Company (MSC)
  3. CMA CGM Group
  4. COSCO Shipping Company Limited
  5. Hapaq-Lloyd
  6. Evergreen Line
  7. OOCL
  8. Yang Ming marine Transport Corporation
  9. MOL
  10. NYK Line

Terdapat satu operator kapal kontena berpengkalan di Malaysia yang menghuni senarai 100 operator terbesar, iaitu MTT Shipping Sdn Bhd yang menduduki kedudukan ke 69 dengan keupayaan mengendalikan 11,822 TEU dengan 9 buah kapal.

Adakah terdapat syarikat Malaysia yang lain dalam senarai Alphaliner Top 100?

Rujuk senarai Top 100 di SINI.

Advertisements

Kategori:Uncategorized