Agensi Kawalan Sempadan Baharu

Melalui lembaran Akta 799; Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang diterbitkan oleh Pejabat Peguam Negara (A-G Chamber) pada 30 November 2017, sebuah agensi baharu akan ditubuhkan untuk mengawal sempadan negara daripada penyeludupan dan aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Adakah agensi ini turut bertanggungjawab mengawal dan menjaga sempadan perairan?

Adakah agensi ini akan bertindih tugasnya dengan APMM, Polis Marin dan sebagainya?

Jawapannya…

Fungsi Agensi

4. Agensi hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) untuk menjalankan kawalan sempadan darat Malaysia;

Mengikut bacaan yang lebih mendalam terhadap akta baharu ini, agensi yang bakal ditubuhkan tersebut adalah untuk menggantikan, dan menambah keupayaan sediada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

Maka, sempadan maritim negara masih lagi akan dikawal oleh APMM, Polis Marin dan TLDM.

 



Kategori:Uncategorized

%d bloggers like this: