Uncategorized

Terkini: Pelaut Malaysia Antara Anak Kapal Dredger Terbalik Di Muar

Berdasarkan pelbagai sumber di media sosial, maklumat mendapati salah seorang anak kapal dredger JBB Ron Chang 8 adalah Pelaut Malaysia berasal daripada Kedah.

DREDGER2

Gambar daripada SDPX

Nama: Mohd Akasha bin Azizan

Asal: Jitra, Kedah

Umur: 25 tahun

Sumber memberitahu bahawa beliau bertugas di atas kapal JBB Ron Chang 8 sebagai operator radio. Mohd Akasha juga dikatakan merupakan bekas penuntut POLARIS MARITIME TRAINING INSTITUTE.

perkapalanmalaysia.com, Komuniti Perkapalan Malaysia dan Pelaut Malaysia mendoakan keselamatan Mohd Akasha bin Azizan.

Semoga kerja-kerja menyelamat oleh pelbagai agensi dipermudahkan.

Insyallah!

Advertisements

Kategori:Uncategorized