Akta A1551 – Pindaan MSO 1952

Penting!

Pindaan ini telah disiarkan dalam Warta pada 30 November 2017, TETAPI BELUM lagi dikuatkuasakan sehingga tarikh yang akan dinyatakan kelak melalui Warta.

  1. Selain pindaan bagi perkataan-perkataan tertentu yang mengambilkira perkembangan semasa industri perkapalan, Akta A1551 juga membawa pindaan besar kepada beberapa perkara.
  2. Beberapa takrifan baru yang diperkenal turut menambahluas fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Laut; dan/atau Pengarah Laut.
  3. Ini termasuk kuasa berkenaan pelabuhan-pelabuhan yang tidak diletakkan di bawah pengurusan mana-mana lembaga atau pihak berkuasa pelabuhan; serta kuasa dan fungsi berkenaan pemeriksa kapal dan pemeriksa radio.
  4. Seksyen baharu 10A dalam MSO 1952 adalah berkenaan perlesenan pelabuhan yang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa mana-mana pihak berkuasa pelabuhan.
  5. Part IIA, Part IIB dan Part IIC telah digantikan dengan menyeluruh dengan bahagian baharu, Part II: Registration and Licensing of Ships
  6. Begitu juga dengan seksyen 473 hingga seksyen 485 telah dimansuhkan. Seksyen-seksyen ini adalah berkenaan pendaftaran native sailing ship, dan juga perlesenan bot yang mana Boat Rules 1953 adalah suatu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa yang diberi melalui seksyen 483 yang turut dimansuhkan.
  7. Dalam perkataan lain, undang-undang berkenaan pendaftaran kapal dan perlesenan bot telah dimasukkan ke dalam Part II, MSO 1952 yang dipinda.
  8. Seksyen 11 hingga seksyen 53 MSO 1952 yang akan dipinda adalah berkenaan pendaftaran kapal; pendaftaran kapal Malaysia, pendaftaran kapal antarabangsa Malaysia, dan pendaftaran kapal chartered-in, iaitu pendaftaran kapal yang bukan milikan sebaliknya hanya disewakan secara bareboat charter.
  9. Seksyen 54 hingga seksyen 62 pula adalah berkenaan perlesenan bot, bagi menggantikan seksyen asal 473 hingga 485 yang telah dimansuhkan. Terdapat beberapa perkembangan menarik bagi perlesenan bot.
  10. Terdapat juga perkembangan terbaru bagi industri perkapalan melalui seksyen 64 hingga seksyen 68F; iaitu penubuhan Malaysia Shipping Development Fund.
  11. Adakah Malaysia Shipping Deevelopment Fund ini adalah sebuah entiti baru yang lebih berkuasa; atau sekadar penjenamaan semula Kumpulan Wang Pusat Pengangkutan Laut (KWPPL)? Nantikan kupasan lanjut
  12. Part IIB berkaitan perkapalan domestik yang dimansuhkan, disusun semula dalam Part IIA antara seksyen 68R hingga seksyen 68AL. Tiada perubahan signifikan berkaitan Lembaga Perlesenan Perkapalan Dalam negeri (LPPDN) atau lebih dikenali sebagai DSL Board.
  13. Yuran bagi perlesenan boat dan pendaftaran kapal dijangka akan berubah berikutan pemansuhan Jadual 12, dan Jadual 13 MSO 1952.
  14. Nantikan kupasan lanjut pindaan-pindaan MSO 1952 seperti yang diwartakan dalam Akta A1551 dalam siri-siri akan datang
    • Fungsi & Kuasa Ketua Pengarah Laut
    • Perlesenan Operator Pelabuhan
    • Perlantikan Pemeriksa Kapal & Pemeriksa Radio
    • Pendaftaran Kapal
    • Perlesenan Bot
    • Malaysia Shipping Development Fund


Kategori:Uncategorized

%d bloggers like this: