Uncategorized

Ikat Kapal Di Pohon Nyiur

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.

Pelayaran beribu batu yang saya jelajahi membawa saya ke Pulau Nauru, atau pun turut dikenali sebagai Pleasant Island.

Pulau Micronesia kecil yang terletak di lautan Pasifik dengan keluasan 21km persegi ini didiami sekitar 10,000 ribu orang. Kebanyakkannya daripada suku Polynesia dan Micronesia.

nauru2

Pernah berada di bawah jajahan Jerman pada sekitar 1850-an dan kemudiaannya diduduki Jepun ketika perang dunia kedua, pulau ini seterusnya merdeka sebagai sebuah republik.

Negara yang lebih kecil daripada Vatican City di Rome ini suatu masa dahulu adalah salah sebuah negara terkaya di dunia. Selama lebih 100 tahun sejak 1900-an, negara ini yang kaya dengan galian fosfat (phosphate) melombongnya secara ektensif dan mengeksportnya dengan banyak sekali.

Kini, Pulau Nauru mencatatkan pendapatan negara hanya sekitar USD 35 juta setahun sahaja termasuklah terimaan bayaran pajakan tanah kepada Australia yang membangunkan pusat tahanan jenayah mereka di Pulau Nauru.

Antara fakta pelik mengenai pulau ini adalah 90% penduduk lelakinya mengalami obesiti.

fisherman nauru

Banyak kali telah saya kapal saya berlabuh di Pulau Nauru bagi mengambil galian fosfatnya dan antara kenangan lucu yang masih saya ingat adalah ketika kapal merapat ke pelabuhan, tali penambat kapal bukannya diikat di bollard atau mooring dolphin, sebaliknya diikat ke batang pokok kelapa (nyiur).

Advertisements

Kategori:Uncategorized