Malaysia Shipping Development Fund

  1. Seksyen 64 hingga Seksyen 68F MSO 1952 yang dipinda adalah berkaitan Dana/Tabung Pembangunan Perkapalan Malaysia atau Malaysia Shipping Development Fund.
  2. Dana/tabung yang akan diuruskan dan dikawal oleh sebuah jawatankuasa yang akan dilantik.
  3. Sumber dana/tabung tersebut adalah daripada Fi / Yuran Tanan tahunan yang akan dikutip (annual tonnage fee)
  4. Fungsi dana/tabung tersebut adalah
    1. Untuk membangunkan industri perkapalan
    2. Untuk menyediakan anugerah, fellowships, biasiswa dan geran penyelidikan berkaitan industri perkapalan
    3. Untuk menaja projek penyelidikan yang dijalankan oleh organisasi, institusi penyelidikan tinggi atau individu untuk keperluan industri perkapalan
    4. Untuk menganjurkan seminar, pameran dan sebarang aktiviti berkaitan industri perkapalan
    5. Untuk membayar segala perbelanjaan yang diperlukan oleh Jawatankuasa dalam menjalankan fungsi dana/tabung
  5. Ahli-ahli jawatankuasa yang akan dilantik akan terdiri daripada
    1. Pengarah laut sebagai pengerusi
    2. Wakil Kementerian Pengangkutan
    3. Wakil Kementerian Kewangan
    4. Wakil Jabatan Laut
    5. Wakil Kerajaan Negeri Sabah
    6. Wakil Kerajaan negeri Sarawak
    7. 3 hinga 5 individu yang berpengalaman luas atau berpengetahuan khusus dalam industri perkapalan

Adakah organisasi baharu ini adalah penjenamaan semula, atau untuk menggantikan Kumpulan Wang Pusat Pengangkutan Laut (KWPPL) / Central Mercantile Marine Fund (CMMF) yang mendapatkan dana melalui kutipan Sunday Labor Fee yang kegunaannya lebih khusus untuk pembangunan dan kebajikan pelaut?

ATAU

Adakah organisasi ini berkaitan dengan perkembangan untuk menghidupkan semula Majlis Perkapalan Kebangsaan Malaysia yang kali terakhir bersidang pada 2007?

Nantikan perkembangan selanjutnya.



Kategori:Uncategorized

%d bloggers like this: