Uncategorized

Port State Control

Apabila disebut tentang Port State Control (PSC), ia adalah sesuatu yang menggusarkan terutamanya bagi kapten dan ketua jurutera di kapal. Bukannya kerana kapal berada dalam keadaan teruk, tetapi jika terdapat sebarang kegagalan utama dalam pemeriksaan PSC boleh membawa kepada penahanan kapal daripada meninggalkan pelabuhan.

Sistem pemeriksan PSC ini diwujudkan memandangkan industri perkapalan yang melangkaui sempadan memerlukan suatu sistem yang adil bagi memeriksa, dan memastikan kapal yang beroperasi adalah selamat.

Di seluruh dunia, PSC beroperasi mengikut kawasan, di mana negara-negara (flag state) yang terlibat bersatu di bawah perjanjian persefahaman.

Berikut adalah senarai wilayah PSC yang terdapat pada di seluruh dunia;

  1. Paris MOU
  2. Tokyo MOU
  3. Indian Ocean MOU
  4. Mediterranean MOU
  5. Acuerdo Latino
  6. Caribbean MOU
  7. Abuja MOU
  8. Black Sea MOU
  9. Riyadh MOU
PSC2

Signatories to the Paris MOU (blue), Tokyo MOU (red), Indian Ocean MOU (green), Mediterranean MOU (dark green), Acuerdo Latino (yellow), Caribbean MOU (olive), Abuja MOU (dark red), Black Sea MOU (cyan) and Riyadh MOU (navy)

Malaysia adalah ahli kepada Tokyo MOU bersama-sama 21 negara lain.

Amerika syarikat (US) pula tidak menyertai mana-mana MOU PSC, sebaliknya kapal-kapal asing yang memasuki US akan diperiksa oleh Pengawal Pantai Amrika Syarikat (USCG) sama seperti sistem yang diamalkan oleh PSC di tempat lain. Program pemeriksaan kapal asing di US dipanggil USCG Qualship21.

Bagi Jabatan laut Malaysia (JLM), beberapa tahun sebelum ini, seorang pegawai JLM pernah dilantik sebagai pengerusi Tokyo MOU. Hebat bukan?

Adakah Kapal Anda Bersedia Untuk Pemeriksaan PSC?

Berikut adalah contoh senarai semak yang dikeluarkan oleh ClassNK bagi memberi panduan kepada kapal untuk bersedia menghadapi pemeriksaan PSC

Baca di SINI

Laman web PSC Regime pula seperti berikut; Paris MOU & Tokyo MOU.

 

Advertisements

Kategori:Uncategorized