Uncategorized

Al-Fatihah: Mohd Rafiq Ramoo Abdullah

Rafiq Ramoo

Allahyarham En Mohd Rafiq Ramoo Abdullah merupakan individu yang tidak asing lagi dalam hal ehwal pelaut di Malaysia. Beliau memainkan peranan penting sebagai Setiausaha Kerja Kesatuan Kebangsaan Pelaut Semenanjung Malaysia (KKPSM/NUSPM) dan juga merupakan Pemeriksa ITF.

Masyarakat perkapalan di Malaysia menerima perkhabaran duka di mana Allahyarham Rafiq Ramoo Abdullah dimaklumkan telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi (4 April 2018) akibat kemalangan jalanraya.

Satu kehilangan besar kepada syarikat perkapalan khususnya berkaitan hal ehwal pelaut.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Advertisements

Kategori:Uncategorized