Uncategorized

Boya Keselamatan (Lifebuoy) Untuk Jambatan-Jambatan Utama Di Malaysia?

Artikel ini ditulis berdasarkan dapatan maklumat awam yang terhad bahawa tiada jambatan di Malaysia yang disediakan dengan boya keselamatan (lifebuoy).

Kucing Diselamatkan dengan Lifebuoy di Ireland

Boya Keselamatan (lifebuoy) yang dipasang pada jambatan dapat membantu dalam pelbagai situasi kecemasan.

  1. Dalam kes cubaan bunuh diri dengan terjun daripada jambatan, terdapat kes di mana pelaku bertukar niat sesudah terjun dan cuba mendapatkan pertolongan. Lifebuoy boleh digunakan dalam situasi begini.
  2. Bagi cubaan bunuh diri yang sama dan terdapat petugas keselamatan atau orang awam yang cuba memberi bantuan, lifebuoy turut boleh digunakan bagi memberi bantuan tambahan.
  3. Bagi kes bukan bunuh diri, seperti kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan terhumban ke laut / sungai, lifebuoy pastinya dapat membantu sekiranya mangsa dapat keluar daripada kenderaan.
  4. Selain kes yang bermula di jambatan, terdapat juga kes jatuh ke laut (man overboard) daripada bot / kapal, atau pemancing yang jatuh dari tebing sungai, yang mana mangsa mungkin hanyut ke arah jambatan, dan semestinya lifebuoy boleh digunakan untuk membantu.

Melalui tinjauan yang dibuat di Group Facebook Komuniti Perkapalan Malaysia, antara isu yang diutarakan berkenaan cadangan meletakkan lifebuoy di jambatan adalah risiko kecurian lifebuoy tersebut.

Bagi isu ini, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi menurunkan risiko tersebut;

  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan menjaga harta awam, bagi perkara ini, khusus bagi alat-alat bantuan keselamatan
  2. Lifebuoy hanya digunakan dalam industri yang spesifik. Jadi, tanda kekal (permanent marking) boleh diletakkan termasuklah alat pengesan elektronik (electronic tracker) bagi mencari semula lifebuoy yang hilang.
  3. Memasang lifebuoy dengan kotak khas, yang hanya dibuka dengan kod atau secara jarak jauh. Ketika kecemasan, responder boleh menelefon pusat kawalan jambatan atau pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab, dan dibekalkan dengan kod akses untuk membuka kotak simpanan tersebut. Selain itu, jika dipantau dengan CCTV, kotak tersebut jugak boleh dibuka secara jarak jauh ketika diperlukan.
  4. Isu bukan penghalang, cuma perlu cari jalan penyelesaian.

 

Contoh-Contoh Pemasangan Bridge Lifebuoy Station Di Negara Maju

  1. Kenyataan Media Pemasangan Life Buoy oleh Limerick City Council, Ireland. Lifebuoy tersebut dipasang di Jambatan Sarsfield, lokasi panas cubaan bunuh diri.
  2. Kucing Diselamatkan Dengan Lifebuoy Setelah Jatuh Ke Sungai Di Dublin, Ireland. VIDEO
  3. Lelaki Dikenakan Pertuduhan Kerana Merosakkan Lifebuoy Di Wexford, Ireland.
  4. Pemasangan Lifebuoy di Sungai Dee, Ireland.
  5. 2 Terselamat Setelah Terjatuh Ke Sungai Ketika Memancing
Lifebuoy at Bridge

Lifebuoy yang dipasang di Sungai Dee, Ireland

 

Advertisements

Kategori:Uncategorized