World Shipping Council

World Shipping Council (WSC) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa dengan slogan; A Coordinated Voice For The Liner Shipping Industry.

Ahli-ahli WSC mengoperasikan hampir 90% daripada kapasiti perkapalan kontena, dengan lebih 400 pelayaran berjadual di seluruh dunia. Perkhidmatan kontena ini merangkumi 60% daripada nilai perdagangan dunia melalui jalan laut, dengan membawa barang dagangan bernilai lebih daripada USD 4 Trillion setahun.

Antara isu yang sedang dihadapi ahli WSC antaranya peraturan baru berkaitan pemeliharaan alam sekitar; sistem pengesahan berat sebenar kontena; dan ancaman lanun.

Antara fakta menarik industri perkapalan kontena adalah seperti berikut;

  1. Kapal kontena adalah sistem pengangkutan paling efisyen untuk mengangkut barangan.
  2. Nilai barangan yang diangkut kapal kontena mencecah USD 400 bilion setahun.
  3. Kapal laut merupakan sistem pengangkutan yang paling ‘hijau’; most carbon-efficient.
  4. Terdapat kapal kontena yang boleh membawa sehingga 11000 buah kontena. Sekiranya 11000 kontena dimuatkan di keretapi, panjang gerabak keretapi tersebut adalah sepanjang 77 kilometer!

Maklumat lanjut di laman sesawang WSC.



Kategori:Uncategorized

%d bloggers like this: