Uncategorized

Pernah Belayar Bulk Carrier, Anda Mesti Tahu Berkenaan INTERCARGO

INTERCARGO adalah akronim bagi International Association of Dry Cargo Shipowners, ataupun dalam bahasa Melayunya adalah; Persatuan Antarabangsa Pemilik Kapal Kargo Kering.

Ditubuhkan pada 1980 dengan objektif untuk membolehkan suara pemilik kapal, pengurus kapal dan bulk carrier operator diwakili dan didengari dengan lebih baik dalam industri perkapalan.

INTERCARGO bekerjasama rapat dengan persatuan maritim antarabangsa lain seperti BIMCO, INTERTANKO, ICS, yang secara bersama mewujudkan ‘Meja Bulat’ Persatuan Perkapalan Antarabangsa (International Shipping Association). Matlamat ‘Meja Bulat’ ini adalah untuk meningkatkan faedah kepada ahli dan mengelakkan aktiviti sama yang berulang di kalangan ahli yang mebawa kepada pembaziran dan ketidakcekapan.

Ahli-ahli INTERCARGO sentiasa komited kepada menyediakan sistem perkapalan yang selamat, cekap, berkualiti tinggi dan mesra terhadap alam sekitar. INTERCARGO berpendapat bahawa industri yang bebas dan bersaing secara adil merupakan asas penting dan menjadi prinsip utama persatuan ini. INTERCARGO mensasarkan untuk mewujudkan strategi untuk meningkatkan faedah ahli yang seterusnya memberi faedah kepada industri perkapalan kargo kering secara keseluruhan.

Ahli-ahli INTERCARGO adalah pemain industri bulk carrier yang dominan dalam perdagangan antarabangsa, terutamanya bagi komoditi utama seperti arang batu, bijirin, bijih besi dan pelbagai lagi. Fungsi utama INTERCARGO adalah untuk bekerjasama dengan ahli-ahlinya, pembuat dasar, dan persatuan perkapalan yang lain bagi memastikan kapal-kapal beroperasi dengan selamat, cekap, melindungi alam sekitar dan menguntungkan. Oleh itu, INTERCARGO terlibat secara aktif dalam pembangunan peraturan antarabangsa melalui IMO dan badan-badan lain.

Secara harian, ahli-ahli INTERCARGO menjalankan ‘Program Kerja’ yang meliputi isu-isu penting yang memberi kesan kepada pemilik kapal bulk carrier. Maklumat-maklumat penting ini dikongsi bersama ahli, bagi membolehkan ahli turut sama menyumbang kepada pembagunan strategi untuk industri.

INTERCARGO – FOR A SAFE, EFFICIENT AND ENVIRONMENTALLY FRIENDLY DRY CARGO INDUSTRY

Maklumat lanjut di laman web INTERCARGO

Advertisements

Kategori:Uncategorized