Hebahan

Organisasi Sekuriti Yang Diiktiraf (RSO)

Organisasi Sekuriti Yang Diiktiraf, atau Recognised Security Organisation (RSO) adalah badan-badan pengkelasan yang dilantik oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi menjalankan penilaian dan rancangan sekuriti kapal (ship security assessment and ship security plan-SSA & SSP), audit penilaian terhadap pengimplementasian SSA dan SSP, serta pengeluaran sijil pematuhan iaitu International Ship Security Certificate (ISSC)

Terdapat juga RSO yang dilantik khas bagi penilaian dan rancangan sekuriti bagi kemudahan pelabuhan.

Sertai IKHTISAS KELAUTAN MALAYSIA (IKMAL)

Notis Perkapalan Malaysia (MSN) 04/2018 menghebahkan dua RSO yang terlibat iaitu pertukaran nama RSO daripada Petronas Maritime Services Sdn Bhd kepada MISC Maritime Services Sdn Bhd, dan juga perlantikan satu RSO baharu iaitu ABS Consulting (M) Sdn Bhd.

Sila rujuk MSN 04/2018 dan apendiksnya di SINI.

Advertisements

Kategori:Hebahan, Perkapalan