Hebahan

Pelaut Malaysia Dalam Tragedi Dredger Terbalik Dijumpai

Melalui maklumat daripada Facebook yang telah disahkan dengan waris, jenazah Allahyarham Mohd Akasha bin Azizan, Radio Officer di kapal JBB Ron Chang 8 yang terbalik di perairan Muar pada Mac telah diumpai.

Sumber mengatakan jenazah telah ditemui hampir sebulan lalu dalam badan kapal semasa proses salvej, dan telah dihantar ke kemudahan perubatan untuk proses padanan DNA.

Jenazah dijangka akan diuruskan dan dikebumikan di Alor Setar.

PerkapalanMalaysia.Com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Advertisements

Kategori:Hebahan