Hebahan

Maklumbalas Pembaca: Biasiswa KWPPL 2018

Sambutan Hari Pelaut 2018 telah dijalankan pada 25 Jun 2018 dengan majlis sambutan berlangsung di Wisma Pelaut Pasir Gudang.

Seperti lazimnya, Kumpulan Wang Pusat Pengangkutan Laut (KWPPL) akan menjalankan majlis penyampaian biasiswa kepada penerima-penerima biasiswa kumpulan wang tersebut.

Walau bagaimanapun, pada tahun ini, terdapat tanda tanya di kalangan komuniti pelaut berikutan ketiadaan notis iklan berkenaan tawaran biasiswa berkenaan, yang biasanya disiarkan beberapa bulan lebih awal sebelum sambutan hari pelaut.

Mengikut carian dalam laman web Jabatan Laut Malaysia (JLM), terdapat penyiaran hebahan berkenaan biasiswa tersebut melalui Nota Maklumat & Panduan Marin (NMPM) dari 2010 hingga 2013. Walau bagaimanapun, tiada hebahan untuk perkara-perkara yang sama bagi tahun ini walaupun terdapat penerima yang diumumkan pada Sambutan Hari Pelaut 2018.

Diharapkan agar iklan berkenaan tawaran biasiswa KWPPL dihebahkan kepada seluas mungkin pelaut supaya mereka yang berhajat dapat turut sama membuat permohonan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Pelaut Harapan Malaysia
Johor Bahru
Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelaut