Hebahan

Tawaran Bantuan Pendidikan Pelaut SEF 2018

SEF atau Seafarers’ Education Fund adalah suatu tabung yang diwujudkan oleh Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL) untuk membantu ahli-ahlinya bagi mengikuti kursus dan latihan STCW.

Bagi tahun ini, sempena sambutan ,Malaysia World Maritime Week 2018, pada Ogos, IKMAL sekali lagi membuka permohonan daripada ahli-ahli yang layak untuk mendapatkan bantuan kewangan SEF.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

  1. Pemohon wajib telah menjadi Ahli IKMAL sekurang-kurangnya selama 12 bulan atau lebih.
  2. Sila sertakan salinan resit bayaran yuran kursus sekiranya anda telah mengikuti kursus sebelum tarikh permohonan dibuat ATAU sertakan surat pengesahan rasmi dari institusi latihan dimana anda akan mengikuti kursus, memaklumkan nama kursus dan yuran yang perlu dijelaskan.

Ahli-ahli IKMAL yang layak sepatutnya telah menerima emel hebahan daripada sekretariat IKMAL, atau jika belum, boleh menghubungi IKMAL.

Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelaut

Tagged as: ,