Hebahan

Makluman Situasi Terkini Kejadian Wabak Ebola Di Republik Demokratik Congo

Untuk hebahan kepada semua Pelaut Malaysia.

  1. Untuk makluman, pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menerima pemakluman berkenaan dengan situasi terkini kejadian wabak ebola di Republik Demokratik Congo (DRC). Pada peringkat awal, wabak ebola tersebut ​melibatkan pengesanan kes ebola di kawasan pendalaman Congo. Terkini kes turut dikesan melibatkan kawasan bandar di republik tersebut. Pihak WHO memaklumkan situasi ini merupakan suatu perkembangan yang membimbangkan. Namun pada masa yang sama menegaskan bahawa ianya sedang ditangani dan dikawal dengan sebaik-baiknya oleh WHO dengan kerjasama padu daripada pelbagai agensi lain yang turut sama terlibat.
  2. Sebagai makluman juga, penyakit ebola disenaraikan sebagai penyakit yang perlu dinotifikasi oleh Pengamal Perubatan di Malaysia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sehingga kini, tiada kes ebola yang dilaporkan di Malaysia.
  3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyemak semula pelaksanaan pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan yang telah sedia dijalankan bagi menangani potensi penularan jangkitan Ebola di Malaysia. Justeru, sebagai langkah berwasapada, KKM memohon kerjasama berikut:
    • Menasihatkan supaya menangguhkan atau tidak melakukan lawatan ke Congo buat masa ini sebagai langkah pencegahan dan kawalan bagi memastkan tiada penularan penyakit ebola ke Malaysia
    • Sekiranya keadaan memerlukan Pelaut Malaysia pergi ke Congo, sila edarkan atau lampirkan nasihat kesihatan dan makluman situasi terkini berkaitan dengan jangkitan ebola.. Hebahan maklumat berterusan dan menyeluruh dapat membantu pihak KKM melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan yang berkesan bagi memastikan tiada jangkitan penyakit ebola di Malaysia.
    • Memantau status kesihatan para Pelaut Malaysia dari Congo yang ingin bercuti atau pulang ke Malaysia. Sekiranya mereka kurang sihat, mereka diminta untuk mendapatkan rawatan segera dan dinasihatkan untuk  tidak mengembara.

MAKLUMAN SITUASI TERKINI KEJADIAN WABAK EBOLA DI REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO(DRC)

Advertisements