Hebahan

Plastik Sebagai Bahan Api Kapal?

Pelabuhan Amsterdam kini dalam proses membangunkan fasiliti untuk memproses plastik yang tidak boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan api untuk kapal.

Proses in dijangka dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sehingga berpuluh ribu tan setahun.

Projek ini diterajui Bin2Barrel, sebuah syarikat berpengkalan di Belanda.

Fasiliti pertama syarikat berkenaan yang bernilai 28 Juta Euro akan menghasilkan 30 liter bahan api daripada 35000 tan plastik. Pembakaran bahan api dari plastik terproses tersebut akan menjana sehingga 3 kali ganda tenaga berbanding pembakaran secara terus plastik yang belum diproses.

Bin2Barrel ketika ini berusaha untuk memberi fokus bagi penghasilan bahan api untuk industri maritim.

Baca artikel asal di SINI

Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelaut

Tagged as: