Hebahan

Wakil Malaysia Menangi International Maritime Prize oleh IMO?

International Maritime Prize / Hadiah Maritim Antarabangsa (IMP) adalah suatu anugerah antarabangsa paling berprestij yang diberikan oleh International Maritime Organization (IMO), agensi bertanggunjawab menegnai hal ehwal maritim di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Penerima IMP dipilih melalui mesyuarat Majlis IMO, bagi mengiktiraf sumbangan yang tidak ternilai kepada kerja-kerja dan objektif IMO dan kepada komuniti maritim antarabangsa.

Calon-calon akan dicadangkan oleh negara-negara ahli IMO, termasuklah badan-badan maritim antarabangsa seperti ICS dan kumpulan P&I

Bagi tahun 2017, IMP dianugerahkan kepada Birgit Sølling Olsen, bekas Ketua Pengarah  Danish Maritime Authority.

IMP dianugerahkan setiap tahun oleh IMO sama ada kepada individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan paling signifikan kepada IMO dan dunia maritim. Anugrah berprestij ini berupa ukiran ikan lumba-lumba dan sejumlah wang tunai.

IMP telah mula dianugerahkan pada tahun 1980.

Senarai Negara Penerima IMP

  1. Amerika Syarikat – 4 (1981, 1993, 2010, 2015)
  2. United Kingdom – 4 (1987, 1998, 2002, 2005)
  3. Greece – 3 (1990, 1994, 2011)
  4. Jepun – 3 (1992, 2014, 2016)
  5. Russia/Soviet Union – 2.5 (1982, 1995, 2006)
  6. Norway – 2 (1980, 1988)
  7. Mesir – 2 (1986, 1997)
  8. Denmark – 2 (1996, 2007)
  9. Mexico – 2 (2004, 2013)
  10. Sweden – 2 (1985, 2009)
  11. Canada – 1.5 (2003, 2006)
  12. Iceland – 1 (1983)
  13. China -1 (1984)
  14. Poland – 1 (1989)
  15. India – 1 (1991)
  16. Australia – 1 (1999)
  17. Finland – 1 (2000)
  18. Itali – 1 (2001)
  19. Panama – 1 (2008)
  20. Ghana – 1 (2012)
  21. Belanda – 1 (2017)

Malaysia pula belum lagi memenangi IMP, sebaliknya telah terlibat dalam proses pengundian sejak menjadi ahli Majlis IMO sejak 2006.

Adakah akan ada wakil Malaysia memenangi anugerah ini dalam tempoh 10 tahun akan datang?

Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelabuhan, Pelaut, Perkapalan

Tagged as: