Hebahan

Masjid di Malaysia Buka Pusat Pelaut?

Selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh IMO/ILO berkenaan kebajikan pelaut, pihak-pihak berkuasa maritim disarankan untuk mewujudkan pusat-pusat pelaut di pelabuhan-pelabuhan utama setiap negara.

Pusat-pusat pelaut ini bertujuan memberi opsyen kepada pelaut untuk mencari tempat berehat sebentar ketika shore leave atau ketika proses sign on/off. Biasanya, pusat-pusat ini menyediakan perkhidmatan komunikasi telefon dan internet, kemudahan beli-belah terhad, buku, perkhidmatan agama dan sebagainya, terutamanya bagi pelabuhan yang jauh daripada pusat bandar.

Ada juga pusat pelaut yang menyediakan perkhidmatan penginapan atau lojing. Antara perkhidmatan lain pusat pelaut yang dapat menarik perhatian pelaut adalah perkhidmatan pengangkutan dari kapal ke pusat pelaut, terutamanya yang berada di luar kompleks pelabuhan.

Pihak-pihak gereja di seluruh dunia adalah antara muka utama dalam penyediaan pusat pelaut kerana mereka merasakan terdapatnya keperluan bagi pelaut beragama Kristian untuk mendapat spiritual relaxation and refreshment setelah berbulan-bulan bertugas di kapal.

Di Malaysia, mengikut laman web International Seafarers’ Welfare and Assistance Network (ISWAN), terdapat 4 pusat pelaut yang didaftarkan. 2 antaranya adalah dimiliki dan dioperasikan oleh kerajaan, dan 2 lagi oleh pihak NGO.

Sertai IKHTISAS KELAUTAN MALAYSIA (IKMAL)

Walau bagaimanapun, kesemua pusat pelaut yang disenaraikan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia. Tiada maklumat diperolehi mengenai pusat yang sama di Malaysia Timur

Berikut adalah senarai pusat-pusat pelaut di Malaysia;

Pusat pelaut Stella Maris dan Apostle of the Sea adalah dioperasikan oleh misionari kristian, yang mana pusat-pusat tersebut berpusat di kompleks gereja.

Mungkinkah pihak berkuasa agama Malaysia dan negeri-negeri berminat untuk membuka pusat pelaut? Atau sekurang-kurangnya menyediakan perkhidmatan bagi membawa pelaut ke masjid untuk solat Jumaat?

Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelabuhan, Pelaut

Tagged as: ,