Hebahan

Kes 1: Kajian Kelayakan PERKESO Pelaut Malaysia

Skim Keilatan PERKESO adalah bantuan yang diberikan kepada pencarum yang mengalami keilatan, dan sudah tidak mampu untuk bekerja. Terdapat 7 jenis bantuan di bawah Skim Keilatan, dan artikel ini akan memberi perhatian kepada 2 jenis bantuan yang utama iaitu

  1. Pencen Ilat
  2. Bantuan Ilat

 

Pencen Ilat

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya

 

Syarat Kelayakan

  • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima; atau
  • Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
    • Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
    • Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
    • Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu
  • Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

 

Tempoh Kelayakan Penuh
Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)

 

Kadar Pencen Ilat

Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

 

KAJIAN KES 1

Pelaut mulamencarum kepada PERKESO: Ogos 2010

Caruman terakhir sebelum keilatan: Ogos 2017

Notis Keilatan: September 2017

Tempoh pelaut dalam skim PERKESO (Ogos 2010 – Ogos 2017): 85 bulan

Rekod Caruman Sepanjang Bertugas Di Atas Kapal Bendera Malaysia

  1. Ogos 2010
  2. September 2010
  3. Oktober 2010
  4. November 2010
  5. Disember 2010
  6. Januari 2011
  7. Februari 2011
  8. Mac 2013
  9. April 2014
  10. Ogos 2014
  11. September 2014
  12. Oktober 2014
  13. November 2014
  14. Disember 2014
  15. Januari 2015
  16. Mac 2017
  17. April 2017
  18. Mei 2017
  19. Jun 2017
  20. Julai 2017
  21. Ogos 2017

Jumlah bulan caruman: 21 bulan

Simulasi Kelayakan Pencen Ilat PERKESO

  1. KELAYAKAN PENUH
    • SYARAT: Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan
    • Tarikh masuk skim >  01/08/2010
    • Tarikh Notis Keilatan diterima >  01/09/2017
    • Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 05/2014–08/2017
    • Sepanjang tempoh Mei 2014 hingga Ogos 2017, pelaut ini telah mencarum sebanyak 12 kali sahaja.
    • MAKA, pelaut ini TIDAK layak untuk mendapat pencen ilat kelayakan penuh kerana caruman bulanan telah dibayar  kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan
  2. KELAYAKAN DIKURANGKAN
    • SYARAT: Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
      Tarikh masuk skim > 01/08/2010
      Notis Keilatan diterima > 01/09/2017
      Tempoh bulan caruman Ogos 2010 hingga Ogos 2017 >  84 bulan
      1/3 bilangan caruman dibayar > 1/3 x 84 bulan = 28 caruman
    • MAKA, pelaut tidak TIDAK layak untuk mendapat pencen ilat kelayakan dikurangkan kerana caruman bulanan telah dibayar adalah kurang daripada 1/3 dalam tempoh caruman mula kena dibayar

Walau bagaimanapun, pelaut ini layak menerima bantuan ilat dengan kadar amaun bantuan ilat ini adalah sama banyaknya dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja dan majikan untuk Skim Keilatan termasuk faedahnya. Ianya adalah merupakan bayaran pukal sekali sahaja.

RINGKASAN

  • PENCEN ILAT KELAYAKAN PENUH: TIDAK LAYAK
  • PENCEN ILAT KELAYAKAN DIKURANGKAN: TIDAK LAYAK
  • BANTUAN ILAT (One-Off): LAYAK

Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelaut, Uncategorized

Tagged as: