Hebahan

Sekolah Pelayaran Pertama Di Malaysia?

Mengikut rekod arkib, Sekolah Pelayaran pertama yang ditubuhkan di Malaysia adalah Sekolah Pelayaran Pulau Pinang (SPPP).

Sekolah tersebut dibuka pada 7 Julai 1960 dengan premis di Lebuh Light, Georgetown, Pulau Pinang.

Lebuh Light, Pulau Pinang

Salah satu bangunan bersejarah di Lebuh Light ini menempatkan premis Sekolah Pelayaran Pualau pinang pada tahun 1960.

Perasmian SPPP telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu iaitu En Sardon bin Haji Jubir.

Tun Sardon

Tun Sardon Jubir, bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, meninggal dunia pada 1985

Sebelum SPPP dibuka, pelaut-pelaut tempatan mengikuti latihan di Normandy Club, yang merupakan sebuah kelab pelayaran yang dibuka pada tahun 1935.

Antara pelaut-pelaut yang terkenal yang pernah mendapatkan latihan di Sekolah Pelayaran Pulau Pinang adalah Kapten Othman bin Darus dan Kapten Abdul Rahman bin Yaakub.

Kapten Othman bin Darus merupakan anak tempatan pertama dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Laut pada tahun 1969, dan berkhidmat sehingga tahun 1987.

Capt Othman Darus

Capt Othman Darus (tiga dari kanan) semasa menerima Anugrah Khas Tokoh Pelaut Kebangsaan 2014. Beliau kini menetap di London.

Pentadbiran SPPP diletakkan di bawah Kumpulan Wang Pusat Pengangkutan Laut (Central Mercantile Marine Fund), dan diuruskan oleh Kapten Reginald Ernest, Pengarah Jabatan Laut ketika itu, dan turut dibantu oleh En Mohd bin Syed Ibrahim.

SPPP adalah sebulah sekolah lanjutan (advanced school) yang menganjurkan kursus-kursus pendek kepada pelaut yang telah mempunyai pengalaman yang secukupnya seperti ditetapkan oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Antara kursus yang dijalankan adalah Mate & Master Local Trade, Mate & Master Time Trade, Steersman, Helmsman, Engine Driver dan Engine Driver.

Rujukan Arkib – Perasmian Sekolah Pelayaran Pualau Pinang

Advertisements

Kategori:Hebahan