Hebahan

Syabas Delegasi Malaysia di IMO!

Syabas diucapkan kepada delegasi Malaysia ke Mesyuarat Human Element, Training & Watchkeeping (HTW) 5 di International Maritime Organization (IMO), London.

Bermula dengan cetusan pada 2017, Malaysia telah menawarkan kepada IMO untuk memvalidasi IMO Model Course 1.34 (ECDIS/AIS) & IMO Model Course 1.36 (LNG Tanker Cargo & Ballast Handling Simulator).

Kertas cadangan oleh Malaysia sebagai pembangun kursus telah mendapat sokongan daripada negara-negara ahli Konvensyen STCW.

Jabatan Laut Malaysia (JLM), khususnya Unit Penilaian & Standard latihan, telah memainkan peranan penting bagi menjayakan pembangunan kursus dan mempersiapkan urusan dokumentasi, dengan kerjasama erat dan sokongan teknikal daripada institusi-institusi latihan maritim.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama padu JLM dan pemain-pemain industri; penyedia perkhidmatan & institusi latihan maritim.

JLM turut merakamkan terima kasih kepada Atase Maritim, Kapt Halim & En Kanagalingam yang turut sama menyumbang bagi memastikan persembahan delegasi Malaysia semasa HTW 5 ini menepati standard dan piawai IMO.

37812370_2008371305842769_253610139427274752_o

Delegasi Malaysia ke Mesyuarat HTW5 IMO. Gambar ihsan Facebook JLM. (Dari kiri, Capt Yusrino, Sheikh Alif, Ezmil, Dr. Redzuan, Hj Azudin, Zaful, Burhanuddin, Capt Kenneth)

Delegasi Malaysia

  1. Kapt Mohamad Halim Ahmed (Atase 1 – Maritim)
  2. En Kanagalingam T. Selvarasah (Atase 2 – Maritim)
  3. Tn Hj Azudin Zainal Abidin (KPP, Unit Penilaian & Standard Latihan, HEPP, JLM)
  4. En Burhanuddin Abdullah (PP, Unit Penilaian & Standard Latihan, HEPP, JLM)
  5. Capt Kenneth Khoo (SEAMASTER)
  6. Capt Yusrino Taib (ALAM)
  7. Dr Md Redzuan Zoolfakar (UniKL MIMET)
  8. En Sheikh Alif Ali (RANACO)
  9. En Zaful Rullah Hakiem Zaini (ALAM, EC20)
  10. En Ezmil Sahrani (Greenfinder)
Advertisements