Hebahan

Pilot Board Pelabuhan Johor & Tanjung Pelepas

Jawatankuasa seramai 4 ahli yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor, En Muhammad Razif bin Ahmad telah dilantik oleh Menteri Pengangkutan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

3 ahli lain adalah;

  1. En Farhan bin Abdul Rahim (Kementerian Pengangkutan)
  2. Kapten Saat bin Sanusir (Jabatan Laut)
  3. Dato’ Kapten Hj Jaffar bin Lamri (Penasihat Marin)

Pilot Board, atau Jawatankuasa Pemaliman, adalah organisasi bertanggungjawab terhadap hal ehwal pemaliman sesebuah pelabuhan (pilotage district), terutamanya bagi hal perlantikkan dan penilaian malim-malim.

Pilot Board akan menguji, menilai dan mengeluarkan lesen malim (pilot license) kepada malim-malim yang telah lulus segala ujian berkaitan.

Razif

En Muhammad Razif bin Ahmad

En Muhammad Razif bin Ahmad merupakan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, setelah berpindah tugas daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM). Di JLM, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan (BHEPP), dan Pengarah Jabatan Laut Sarawak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Atase Maritim di Suruhajaya Tinggi Malaysia di London. Old boy MCKK ini turut menerima Anugerah Felo IKMAL pada tahun 2017. Beliau adalah lulusan Universiti of Southampton dalam jurusan Pengajian Nautika.

JAAFAR LAMRI

Dato’ Kapten Jaffar bin Lamri

Dato’ Capt Jaffar bin Lamri berasal dari Mersing, Johor adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri maritim di Malaysia. Lulusan RMIT, Australia dan LJMU, United Kingdom. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran  (BKP) di JLM, Pengurus Besar PIMMAG, COO Pelabuhan Sungai Udang, Pengerusi di beberapa syarikat berkaitan maritim, dan kini merupakan Presiden & CEO di Center of Maritime Excellence.

Beliau juga pengamal seni beladiri Buah Pukul Mersing.

Advertisements

Kategori:Hebahan, Pelabuhan