Hebahan

Apa Dah Jadi Dengan Laman Web Malaysia World Maritime Week?

Bagi sambutan Malaysia World Maritime Week 2017 (MWMW 2017), sebuah laman web telah dibangunkan oleh penganjur sebagai pusat maklumat sambutan tersebut. Sehingga hari ini, laman web tersebut masih beroperasi dan telah dilawati hampir 50,000 pengunjung.

MWMW

Walau bagaimanapun, laman tersebut mati disitu, mati bersama berakhirnya sambutan MWMW 2017. Walaupun alamat laman web tersebut bersifat universal, iaitu http://www.malaysia-wmd.com yang tidak menampakkan untuk digunakan sekali sahaja untuk MWMW 2017, sebaliknya untuk edisi-edisi berikutnya.

Bagi MWMW 2018, yang dianjurkan oleh organisasi yang sama, tiada laman web spesifik yang dibangunkan, sebaliknya carian di internet akan membawa pengunjung ke laman web Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) iaitu masa.org.my/event/mwmw2018, yang hanya memaparkan maklumat amat terhad bagi MWMW 2018.

Hebahan di laman sosial juga tidak kelihatan, kecuali pada minggu terakhit sebelum sambutan.

Diharapkan agar perkara ini dapat diberi perhatian pada edisi MWMW akan datang, bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada seluruh komuniti industri maritim di Malaysia.

Jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan MWMW 2018 di KL Convention Center dari 7-9 Ogos ini!

Advertisements

Kategori:Hebahan