Hebahan

MIMEX 2018

Selain sambutan Hari Pelaut dan Malaysia World Maritime Week yang telah terkenal dan boleh dikategorikan sebagai acara maritim premier di Malaysia, satu lagi acara kini telah mula memasuki kalendar acara kategori premier berkaitan industri maritim di Malaysia.

MIMEX 2018, atau Malaysia International Marine Expo 2018, juga disebut Malaysia International Maritime & Offshore Expo 2018, akan berlangsung pada 7 hingga 9 November 2018 bertempat di KL Convention Center.

Acara edisi ke-3 ini akan menggabungkan pameran dan persidangan dalam satu bumbung. Pameran selama 3 hari tersebut akan turut membawakan 5th NMIF, atau National Marine Industry Forum. Tiada maklumat lanjut dapat diperolehi berkaitan NMIF.

Berdasarkan laman web rasmi MIMEX 2018, satu lagi acara yang bakal berlangsung adalah Yatch and Pleasure Craft Conference 2018. Sekali lagi, tiada maklumat lanjut nyang dapat diperolehi berkenaan persidangan tersebut.

Kos pempamer bermula daripada USD 370 / sqm. Laporan MIMEX 2017 juga boleh diperolehi daripada mana web yang sama. Bagi pempamer yang ingin lebih menyerlah melalui pengiklanan, kos bermula daripada RM 2,500.

PerkapalanMalaysia.Com akan membawakan lebih maklumat berkenaan acara ini.

Advertisements

Kategori:Hebahan, Perkapalan