Hebahan

Proses Pengkorporatan JLM Bermula?

Mengikut hebahan di laman web rasmi JLM, satu surat telah dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan berkenaan tawaran pengisian jawatan pemangkuan bagi jawatan-jawatan bukan gunasama.

Antara jawatan yang terlibat adalah;

  1. Penolong Pegawai Laut Gred AL38 ke Gred AL40
  2. Penolong Pegawai Laut Gred AL36 ke Gred AL38
  3. Penolong Pegawai Laut Gred AL29 ke Gred AL36
  4. Pembantu Laut Gred AL26 ke Gred AL28
  5. Pembantu Laut Gred AL22 ke Gred AL26
  6. Pembantu Laut Gred AL19 ke Gred AL22

Secara keseluruhan, terdapat lebih 40 kekosongan jawatan yang berkaitan.

Perkembangan ini menunjukkan proses perngkorporatan JLM mungkin telah pun bermula dan dianggarkan selepas ini akan terdapat tawaran pemangkuan yang serupa bagi pegawai dari Kumpulan Profesional pula.

Mengikut pengkhabaran yang telah didengari dalam industri, JLM akan dikorporatkan menjadi sebuah agensi yang lebih berautonomi, bagi memastikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan.

JLM sebagai sebuah agensi butik, boleh dikatakan telah beraksi cemerlang tetapi terkekang oleh saiz jabatan yang kecil. Sedangkan pengetua sekolah sekalipun ada yang telah menjawat gred JUSA C, pengarah wilayah JLM yang menjaga kepentingan industri untuk 4 negeri dalam bidangkuasanya masih lagi di gred AL54.

Malahan, terdapat pejabat-pejabat pelabuhan, walaupun kecil dan tidak signifikan dari sagi ekonomi maritim, diketuai pegawai dengan gred A22, walaupun mereka turut memastikan keselamatan pelayaran, dan keselamatan nyawa penumpang-penumpang pengangkutan laut.

Diharapkan agar perkembangan positif melalui proses pengkorporatan JLM akan dapat meningkatkan prestasi JLM untuk menjadi sebuah agensi peneraju dalam bidang pengangkutan laut. Tidak dilupa, agar JLM dapat juga memberi lebih perhatian terhadap kepentingan dan kebajikan, serta pembangunan Pelaut Malaysia!

Advertisements

Kategori:Hebahan