Hebahan

Limbungan Kapal Di Sarawak Mula Membina Kapal Dikuasakan LNG?

4294973229_u_AAA Harvey LNG OSVs-702x336 image

Imej kapal konsep menggunakan bahan api LNG daripada workboat.com

Sebuah syarikat penyedia perkhidmatan perkapalan beribu pejabat di Shah Alam akan menandatangani memorandum persefahaman dengan 2 syarikat lain; sebuah syarikat arkitek laut dan sebuah limbungan pembinaan kapal yang masing-masing berpangkalan di Shah Alam dan Sarawak.

Memorandum persefahaman tersebut adalah bagi pembinaan sebuah kapal Platform Supply Vessel (PSV) yang menggunakan bahan api gas asli cecair (LNG), yang PERTAMA seumpamanya direkabentuk, dibina dan dioperasikan oleh syarikat Malaysia.

Selain pembinaan kapal tersebut, sebuah lagi kapal yang sama akan dibina secara digital termasuk pengintegrasian dengan teknologi Virtual Reality (VR) untuk kegunaan penyenggaraan dan latihan.

Kapal ini mampu beroperasi dalam 2 mod, menggunakan bahan api LNG atau minyak disel. Penggunaan bahan api LNG akan mengurangkan pelepasan karbon sekaligus menjadikan kapal ini sebagai kapal sokongan luar pesisir paling mesra alam di Malaysia.

Nantikan perkembangan lanjut selepas majlis menandatangan memorandum persefahaman tesebut minggu hadapan.

Ingin menghebahkan perkembangan terkini syarikat anda? Hubungi kami di perkapalanmalaysia2018@gmail.com

Advertisements

Kategori:Hebahan