Notis Pemakaian Undang-Undang Malaysia di Had Pelabuhan Johor Bahru

Akhir-akhir ini, berlaku ketegangan di perairan Johor Bahru apabila Kerajaan Malaysia pada 25 Oktober 2018 mengeluarkan notis pemberitahuan berkenaan had baharu kawasan tersebut yang mendapat bantahan Singapura.

Sehubungan itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM) sebagai agensi yng bertanggungjawab dalam mengawalselia aktiviti perkapalan di Malaysia telah mengeluarkan satu Pekeliling Pelabuhan (Port Circular) No. 89/2018 yang ditandatangani oleh Pengarah Laut, JLM, Wilayah Selatan.

Pekeliling berkenaan antara lain menyatakan;

  1. Kapal-kapal yang terlibat dalam aktiviti STS diarahkan untuk kekal berada di lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini
  2. Kapal-kapal STS DILARANG berpindah lokasi tanpa mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Laut
  3. Kapal-kapal yang berniat memasuki dan bersauh dalam had pelabuhan Johor Bahru diarahkan melapor ke pejabat pelabuhan
  4. Had pelabuhan Johor Bahru adalah sebahagian daripada laut wilayah Malaysia dan terakluk kepada undang-undang Malaysia, dan agensi-agensi penguatkuasa Malaysia berhak untuk menaiki kapal untuk membuat pemeriksaan.

Baca Pekeliling Pelabuhan 89/2018 (Wilayah Selatan)

Advertisements