Saintis Wanita Ketuai Pelayaran Ekspedisi Saintifik UMT Sempena LIMA 2019

Berita daripada Bernama.com

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus mengiktiraf peranan saintis wanita dalam bidang kelautan dengan menampilkan Pengerusi Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT, Dr Roswati Md Amin sebagai Ketua Pelayar bagi Ekspedisi Saintifik UMT ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 2019).

Roswati akan mengetuai pelayaran menggunakan kapal penyelidikan UMT, RV Discovery mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi dua laluan maritim, Laut China Selatan dan Selat Melaka selama 20 hari bersama 25 saintis lapangan dan makmal, termasuk lima daripadanya saintis wanita.

Beliau berkata, pelayaran yang bermula 13 Mac hingga 23 Mac itu akan melalui lebih 45 lokasi kajian sepanjang dua laluan maritim berkenaan bagi melakukan kajian berkaitan sains marin dan perubahan iklim di negara ini.

Advertisements