Besarkan Saiz Jabatan Laut

Tatkala Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkomentar mengenai saiz penjawat awam berjumlah 1.7 juta kakitangan yang perlu dikecilkan. kerajaan perlu melihat secara bertentangan bagi Jabatan Laut Malaysia (JLM).

JLM dengan jumlah pegawai & kakitangan sekitar 0.001% daripada jumlah keseluruhan penjawat awam perlu diperkasakan, termasuklah daripada segi saiz jabatan.

Ini bagi memastikan JLM berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang efektif kepada masyarakat perkapalan, satu cabang yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara.

Sudahlah saiz JLM kecil, banyak pulak kelompongan yang tidak terisi sekaligus boleh menyebabkan kecekapan JLM terjejas.

Pengstrukturan semula JLM yang bermula tahun lepas meyaksikan desas-desus bahawa JLM akan dikorporatkan. Namun demikian, tidak nampak lagi perubahan yang banyak melainkan penyusunan semula bahagaian-bahagian dalam JLM.

Buat pertama kalinya, Ketua Pengarah JLM akan diisi dengan pegawai gred JUSA A, berbanding gred JUSA B sebelum ni. Namun demikian, pengarah-pengarah wilayah JLM masih lagi di gred AL54, walaupun terdapat pengetua sekolah yang sudah pun di gred JUSA C.

Untuk rekod, JLM beroperasi secara wilayah dengan 7 wilayah di seluruh Malaysia; Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sarawak, Sabah & Labuan/Laut China Selatan. Wilayah Utara contohnya meliputi 4 negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis.

Sebagai sebuah jabatan yang organik dan ‘butik’, ramai yang tidak menyedari fungsi dan kepentingan JLM. JLM memainkan peranan penting dalam menentukan keselamatan dan kecekapan pengangkutan laut, termasuklah dari aspek perlesenan dan peraturan kapal dagang, keselamatan trafik laut, sumber manusia perkapalan (pelaut) dan bermacam lagi.

Mutakhir ini, masyarakat awam dapat melihat pula penglibatan JLM secara langsung dalam aspek kedaulatan negara apabila kapal JLM ‘MV Polaris’ diletakkan di sempadan perairan selatan negara dalam isu pertikaian sempadan laut dengan Singapura.

Imej daripada Utusan Online

Advertisements