Kempen Selamatkan Rumah Pelaut Malaysia Liverpool

Pernahkah anda mendengar tentang pelaut Melayu era 50-an & 60-an yang membuat keputusan menetap di Liverpool?

Pelaut-pelaut berkenaan telah membeli sebuah rumah pada tahun 1960 untuk dijadikan pusat berkumpul dan persinggahan bagi pelaut Melayu yang menetap di Liverpool, atau shore leave di sana. Kemudiannya, rumah tersebut dijadikan sebagai pusat komuniti bagi penduduk Melayu di Liverpool.

Rumah berkenaan yang kini dipanggil Malaysian House telah terbiar sejak 2008 dan kini sedang dibaikpulih oleh komuniti Malaysia di sana.

Malaysian House ini merupakan secebis sejarah panjang dan membanggakan bagi pelaut Malaysia, khususnya Melayu yang telah menawan 7 lautan sejak berdekad, malah berabad lamanya.

#SaveMalaysianHouse adalah satu kempen crowdfunding untuk membaikpulih rumah di No. 7 Jermyn Street, Liverpool, rumah yang amt simbolik kepada pelaut Malaysia.

Mereka memerlukan lebih 30000.00 pound untuk membaikpulih rumah tersebut.

Layari Facebook SAVE MALAYSIAN HOUSE

Layari Laman Web LIVERPOOL MALAYSIAN HOUSE

Baca lanjut dan beri sumbangan anda di GOFUNDME-Restoring Historic Liverpool’s Malaysia House

Advertisements